MATANG - Pihak Madrasah Tarbiah Islamiah masih belum memutuskan
penempatan tiga pelajar yang menjadi mangsa kebakaran asrama madrasah
itu, di Batu 7 1/2, di sini, awal pagi 10 Mei lalu.(berita terdahulu)
Guru Besarnya, Ustaz Hafizul Azizi Abdul Rashid berkata,
memandangkan pengerusi madrasah sedang berkursus, pihaknya tidak dapat
memutuskan penempatan itu.
Menurutnya, buat sementara waktu, pihaknya mencadangkan
untuk meletakkan pelajar itu di surau madrasah bagaimanapun ia akan
diputuskan selepas mesyuarat bersama pengerusi dan jawatankuasa
madrasah dalam masa terdekat.
“Tiga pelajar yang terlibat masing tinggal bersama keluarga masing-masing dan akan dipanggil semula apabila keputusan dicapai,” katanya.
Katanya, pihak Baitulmal juga turut menjalankan
pemeriksaan selepas kejadian dan memohon pihak madrasah membuat
permohonan bantuan bagi pembinaan semula asrama.
“Bantuan sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 mungkin boleh diperoleh untuk tujuan tersebut,” katanya.
0 Response to "Asrama terbakar,3 pelajar asrama belum bersekolah lagi."
Post a Comment