oleh Mohd Sayuti Omar
Marah sangat
timbalan pesuruhjaya Pas Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dengan kajian
dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti
Malaya
yang memberi perangkaan menunjukkan Perak akan terus menjadi milik BN
dalam pilihan raya ke-13 akan datang.
Sebagai
pemimpin dan bekas MB, beliau tidak sepatutnya memberi sikap negatif dan
emostif terhadap kajian itu kandati ia tidak berpihak kepada Pakatan
Rakyat. Nizar harus menerima dengan penuh terbuka dengan sikap diplomasi
politik yang tinggi.
Carta kajian UMCEDEL menunjukkan BN kuasai Perak. |
"Saya tidak hirau apa yang dibuat oleh UM, sebab kajian yang kita buat
sendiri memihak kepada Pakatan Rakyat, kajian UM ini bagi saya adalah
tidak
berpijak di bumi yang nyata," demikian katan Nizar seperti mana dilapor
Harakahdialy, merendahkan kajian ilmiah dari sebuah universiti.
Dalam kajian yang dikeluarkan beberapa hari lepas,
sokongan terhadap BN dan PR di Perak muasir ini berdasarkan kaum,
Umcedel memberi perangkaan orang Melayu yang menyokong BN sebanyak 36%
berbanding PR sebanyak 30%, orang Cina 35% sokong BN, PR sebanyak 30%.
Manakala sokongan India pula kepada BN jauh lebih tinggi berbanding
sokongan Melayu dan Cina itu sebanyak 67% berbanding sokongan kepada
Pakatan Rakyat hanya 5%. Dengan angka itu menunjukkan Pakatan Rakyat
akan gagal merampas kerajaannya yang dicuri itu.
Seharusnya Nizar tidak cemas dengan kajian UMCEDEL itu
apa lagi kajian dibuat sendiri Pakatan Rakyat, Perak akan menjadi milik
Pakatan. Keputusan menunjukkan BN mengatasi Pakatan Rakyat itu adalah
kajian berdasarkan persepsi rakyat (responden) seramai 2,282 orang saja
dari lebih 2 juta pengundi di Perak.
Kajian itu juga membatasi beberapa perkara yang ditinjau
dari pemikiran responden dan bukan semua perkara turut ditanya. Ada
kemungkinan subjek-subjek lain yang jelas berpihak kepada Pakatan Rakyat
secara persepsi juga tidak ditanya atas tujuan tertentu (mungkin) dan
pengkajian sengaja melontar persoalan-persoalan yang kritikal mengenai
Pakatan Rakyat.
Kalau itulah kebenarannya, maka Nizar dan Pakatan Rakyat
harus merasa bangga kerana perselisihan untuk BN menguasai Perak dalam
kajian itu tidak banyak tidak sampai 5%. Begitu juga Nizar harus sedar
bahawsa masih terdapat 34% Melayu yang belum pasti, 35% Cina yang belum
pasti dan 28% India yang belum pasti.
Sekiranya yang belum pasti itu semunya berpihak kepada Pakatan Rakyat angka yang dikeluarkan oleh kajian itu mesti berubah dan ia tentu menyeronokkan Nizar?
Satu perkara boleh dipertikaikan keabsahan kajian itu ianya dibuat sebelum himpunan Bersih 28 April lalu. Jika kajian itu dibuat selepas Bersih mungkin juga persepsi responden akan berubah dan hasilnya juga berganjak.
Jika dilihat secara jujur dan profesional kajian itu
boleh membantu Pakatan Rakyat kalau ianya diterima secara terbuka dan
secara responsif. Misalnya kenapa kaum India mempercayai BN sampai 67%
perlu difikir dan pasti ada sebab-sebab jelas. Pakatan Rakyat masih ada
masa untuk memperbetulkan persepsi dikalangan responden ini agar
memihak kepadanya.
Dengan terus menolak akan kerasionalan kajian itu dan
menganggapnya sebagai tidak berpijak dibumi nyata adalah sikap dan
pendirian yang salah dan agak sombong enggan menerima teguran dan
pandangan penmgkajian luar yang boleh merugikan diri sendiri.
Dalam soal ini saya yakin kepada kredibiliti UMCEDEL dalam membuat kajian ia berlaku jujur dan tidak cuba mempengaruhi pengundi dengan hasil kajian mereka. Tentunya UMCEDEL menjaga keutuhan universiti berkenaan kerna ia diperhatin oleh umum.
Saya tidak hairan dengan sikap Nizar Jamaluddin yang pesimis dengan
kajian itu. Bagi saya Nizar bukan seorang ahli politik yang matang
meskipun dia seorang profesional sebagai akitek yang sudah masak dan
mahir.
Sebelum ini pun ada beberapa tindakan politik dan kenyataan politiknya yang tidak memberi suasana kondusif kepada Pakatan Rakyat. Mislanya pendedahan beliau kononnya ada pakatan di kalangan pegawai tinggi tentera untuk mengambil alih kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang dianggap sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan partinya dengan institusi dan indvidu tertentu dan juga Tentera Diraja Malaysia.
Sungguhpun apa yang didedahkan itu benar ia tidak seharusnya berbuat demikian kalau dilihat dari sudut beliau orang Melayu dan juga pemimpin sebuah parti politik yang sedang cuba untuk berkuasa. Natijah dari tindakan itu beliau kini disiasat oleh polis dan ada kemungkinan boleh dikenakan tindakan dibawah akta hasutan.
Semoga Nizar dapat menenangkan fikiran dan tidak begitu obses untuk kembali menjadi MB Perak sebelum beliau memperkuatkan pertahanan mental dan fizikal. [wm.kl.10:17 am 11/05/12] sumber blog MSO
0 Response to "Nizar Jamaluddin Jangan Marah-Marah"
Post a Comment