13 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah,Ipoh disyaki dijangkiti mengidap penyakit demam kepialu.
Penulis pada peringkat awal hanya dimaklumkan pelajar-pelajar mengalami keracunan makanan.Sementara itu banyak pelajar di Taiping diminta untuk menyerah secalit "najis" kepada pihak kesihatan daerah LMS pada Ahad lalu.
Pada hari ini apabila membaca akhbar ,barulah tahu 13 orang pelajar disyaki menghidap demam kepialu.
Penulis dimaklumkan pengurusan kantin Sekolah Izzudin Shah sememangnya tidak menjaga kebersihan.Didakwa pihak kantin sekolah telah diberi amaran,namun masih tidak diambil perhatian oleh mereka.
Justeru itu pihak pentadbir Sekolah Izzuddin Shah perlu menamatkan "kontrak" kantin itu,jika betul punca sebenar penyakit demam kepialu berpunca daripada penyediaan makanan dari kantin sekolah.
Dalam pada itu beberapa orang ibu bapa memberitahu penulis pihak pengurusan sekolah seolah-seolah tidak mengambil berat.Dakwa mereka pihak pentadbir cuba menutup kes demam kepialu ini. Baca berita di bawah.
IPOH - Seramai 13 pelajar sekolah berasrama penuh di sini, dimasukkan
ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak 22 Mei lalu akibat
demam, sakit perut, cirit birit dan muntah dipercayai selepas menikmati
juadah di dewan makan sekolah berkenaan.
Difahamkan, dua ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana berada dalam keadaan serius, manakala tujuh pelajar masih mendapatkan rawatan di wad biasa.
Bagaimanapun, empat lagi pelajar sudah dibenarkan keluar.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, keadaan wad yang menempatkan pelajar tingkatan dua hingga lima itu dipenuhi ibu bapa dan sanak saudara masing-masing.
Keluarga kepada dua pelajar yang ditempatkan di wad ICU turut berkampung di hospital berkenaan sejak Selasa lalu.
Pesara, Roslan Ariffin, 59, bapa kepada Muhammad Syazrin Roslan, 17, yang kini ditempatkan di wad ICU berkata, pihak sekolah memberitahu anaknya mengalami keracunan makanan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.
Beliau yang menetap di Lumut berkata, selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, dia dan isteri bergegas melihat keadaan anaknya itu.
“Saya terkejut apabila diberitahu anak saya mengalami pernafasan yang lemah dan terpaksa dimasukkan ke wad Unit Berisiko Tinggi (HDU) sebelum dipindahkan ke ICU.
“Doktor pakar yang membuat pemeriksaan akhirnya mengesahkan anak saya mengalami Typhoid (demam Kepialu) dan kini dia perlu bernafas melalui tiub kerana berada dalam keadaan lemah,” katanya ketika ditemui semalam.
Bapa kepada empat orang anak itu mendakwa, sebelum ini, anaknya pernah mengadu mengenai tahap kebersihan dewan makan di sekolah terbabit tidak memuaskan.
“Malah persatuan pelajar juga pernah menyuarakan hasrat untuk mengadakan piket memandangkan tiada tindakan diambil ke atas pengusaha dewan makan terbabit,” katanya.
Sharimah Mohd Yunus, 44, dari Sungai Buloh, Selangor berkata, dia mewakili ibu bapa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam malam kelmarin kerana kecewa dengan pihak sekolah.
Ibu kepada Muhammad Ariff Mohd Yusuf,14, berkata, dia terpaksa meninggalkan perniagaannya di Sungai Buloh sementara waktu semata-mata untuk menjaga anaknya.
“Suhu badan anak saya mencecah 40 darjah Celcius, badannya sangat lemah dan pening.
Selepas pemeriksaan doktor, dia juga disahkan mengidap Typhoid,” katanya yang sudah seminggu menemani anaknya di hospital itu.
Selain itu, Sharimah mendakwa terdapat beberapa pelajar lain yang turut mengalami masalah kesihatan yang sama namun sudah pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti persekolahan.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan menyiasat perkara sebenar bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut berlaku supaya tidak berulang ke atas pelajar lain.
Sementara itu, Sinar Harian yang cuba mendapatkan maklum balas daripada sekolah berkenaan bagaimanapun tidak berjaya.sumber

terjumpa info ni, pasal demam kepialu… sharing is caring :) - Salmonella thypi Penyebab Demam Kepialu
ReplyDeleteapa ni, malu aku sebagai ex-sekolah Izzuddin Shah....
ReplyDelete