Ceramah pada 28 Mei bertempat di Taman Berkat,Simpang ,dengan penceramahnya Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Idris Ahmad masih mendapat sambutan,walaupun terpaksa berjalan kaki jauh. |
Laluan masuk disekat oleh penduduk kampung yang didakwa Ahli UMNO.Kelihatan juga Unit Keselamatan Parlimen sedang memantau laluan,agar orang ramai dapat masuk ke ceramah anjuran MTD Kuala Sapetang.
Simpang- Ceramah penerangan anjuran MTD Kuala Sapetang dalam Parlimen Bukit Gantang pada malam kelmarin cuba diganggu oleh segelintir ahli UMNO ,Taman Berkat,Simpang.
Laluan masuk ke tempat ceramah cuba disekat dengan menghalang kenderaan masuk untuk "parkir" berdekatan dengan tempat ceramah.Laluan awam itu sepatutnya tidak ditutup dengan menghalang kereta dari masuk.
Masyarakat terpaksa berjalan kaki dan "parking" kereta di luar dari lokasi ceramah dan terpaksa berjalan kaki.
Atas kerjasama pihak polis sekitar 10.15 malam penduduk sekitar dapat masuk ke lokasi dengan mengunakan kereta ,yang sebelumnya terpaksa parking jauh.
0 Response to "Ceramah PAS Bukit Gantang ahli UMNO cuba sekat laluan masuk."
Post a Comment