IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej
Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri
Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan
nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan
(JPJ), kelmarin.
Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.
“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.
“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya .(sumber)
0 Response to "Plat WWW 1,jika tergores ,mohon maaf-DS Nizar"
Post a Comment