Terkini

Berapa banyak pelatih PLKN meninggal dunia?-DS Nizar.

Pertanyaan Ahli Parlimen PAS Bagi Jawab Lisan sidang Parlimen 12 Jun 2012
 

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ HuluLangat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakanstatistik kecenderungan remaja khasnya dan rakyat Malaysia amnya yangmungkin boleh diukur daripada lawatan mereka ke Pusat Sains Negara,Pusat Remote Sensing Negara, Agensi Angkasa Negara dan AgensiNuklear Malaysia atau program anjuran Kementerian sempena promosiTahun Sains, Gerakan dan Inovasi. [ Soalan Tambahan : ]
 
 
28. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah seseorang pegawai awam berpangkat JUSA "C"atau Gred Khas "C" ke atas dibiarkan "terapung" (float)di perjawatan "JPA Pool" kerana masih tidak disahkanpenempatannnya di mana-mana jabatan yang bersesuaian.
 

38. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pengundi pos yang berdaftar setakat bulan Jun2012 di seluruh negara. Bagaimanakah mekanisme yang dibuat SPR atauKerajaan untuk membuat pengasingan antara anggota tentera dan anggotapolis yang telah berdaftar sebagai pengundi pos terdahulu dan sekarangperlu mengundi secara pengundian awal.
 

44. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlahpermohonan dan jumlah biasiswa yang ditawarkan di bawah Program IjazahLuar Negara (PILN) bagi tempoh sepuluh tahun terakhir (2002-2011) danapakah Kerajaan berhasrat menambah lagi jumlah peruntukan tersebut supayalebih ramai yang boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.
 

46. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah penyelesaian berkaitan caj pembangunan yangdikenakan oleh Kerajaan Singapura bagi kawasan tanah yang diterima olehPerdana Menteri di Marina South dan di Ophir/Rochor berikutan pertukarantanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands,dan tiga lagi di Bukit Timah. 
 

48. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sumber kewangan untuk membiayai bayaran 'durian runtuh'sebanyak RM1.68 bilion kepada peneroka Felda. Apakah asas atau formulayang digunakan untuk menentukan jumlah RM15,000 kepada peneroka, isteridan anak peneroka. Bagaimanakah dan bilakah pembayaran tersebut dapatdiselesaikan.
 

52. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERImenyatakan adakah SPAD telah mengeluarkan kebenaran atau permit bagivan-van pelancong asing daripada Thailand untuk beroperasimengangkut pelancong di dalam kawasan Malaysia. 
 

56. TuanKhalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERTANIANDAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan Kementerian untukmengatasi masalah kos import daging setelah NFC gagal.
 

59. Dato'Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan status pemberian royalti petroleum kepada Negeri Terengganu selepas penarikan balik saman Kerajaan Negeri Terengganu terhadap PETRONASdan Kerajaan Persekutuan barubaru ini, adakah pemberian tersebut atas nama royalti petroleum sepertimana sebelum tahun 2000 atau Wang Ehsan. 
 

60. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berapakah jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalami kecacatan kekal semasa dalam tempoh latihan mereka. Berapakah pula jumlah pampasan yang telah pihak Kerajaan keluarkan. 
 

64. Dr.Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah penduduk luar bandar yang masihtidak mendapat kemudahan infrastruktur asas berbanding dengan keseluruhanpenduduk luar bandar di Malaysia. 
 

70. Dato'Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes penyeludupan pendatang asing bagitahun 2010 dan 2011. Kenapakah statistik meningkat begitu ketara daripadatahun 2010 ke 2011 dan apakah langkah-langkah Kerajaan untukmengatasinya. 
 

83. TuanMohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANAMENTERI menyatakan senarai semua ajaran sesat yang wujud di negara inikhususnya di Terengganu serta jumlah siasatan dan pendakwaan yang telahdilakukan. 
 

102. Dato'Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan terkini cadangan penswastaan Keretapi TanahMelayu (KTM).
103. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah AktaPilihanraya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 akan dipinda sebelum PRU 13 nanti.
 

106. TuanHaji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kemampuan server Kementerian bagi ujian PSELT amat perlahan dan kadangkala berlaku “server breakdown” terlalu lama, guru terpaksa mengakses laman web ini. Tempoh yang diberi juga terhad (7 hingga 10 minit sekali) menyebabkan ramai guru gagal melaksanakan program ini. Apakah komen Menteri.
 

0 Response to "Berapa banyak pelatih PLKN meninggal dunia?-DS Nizar."

Post a Comment