Terkini

Najib datang Bukit Gantang ,YB Cikgu Rosli kurang cerdik.

 Jalan ke ADTEC(dlm parlimen Bukit Gantang) ini terbengkalai sejak 3 tahun lalu sudah diturap  kerana program UMNO BN.

 Menghairankan mengapa sebuah jambatan utama di Kg Dew yang tidak jauh dari lokasi telah kritikal retak dan rosak sudah setahun tidak dibaiki…jalan ini pula diturap dek kerana PM  datang.
 ADTEC didakwa masih tiada pelatih sehingga kini walaupun sudah beroperasi sekian lama
Khemah-khemah sudah didirikan untuk program menunaikan janji NAJIB berulangkali.

DS Najib satu-satunya Perdana Menteri yang kerap datang ke Bukit Gantang. Dalam tahun ini sahaja sudah banyak kali.Difahamkan oleh teman-teman ,DS Najib akan mendarat dengan helikopter di padang SMK Tengku Menteri ,Changkat Jering.Dari situ pergi ke ADTEC ,Kamunting Raya.
 
Menurut ahli UMNO atau orang UMNO Bukit Gantang,YB Rosli Husein kurang cerdik,kerana didakwa menyuruh MPT menurunkan bendera penuh bulan yang berkibar di Jalan Kuala Kangsar-Simpang.
 
Sepatutnya biarkan bendera PAS berkibar megah. Dengan itu apabila Najib bertanya,kenapa bendera PAS banyak. YB Trong tadi ,boleh menjawab, Bukit Gantang perlu peruntukan lagi untuk menarik sokongan pengundi.Jadi mungkin Najib akan bagi berjuta-juta ringgit lagi untuk penduduk Bukit Gantang. 

0 Response to "Najib datang Bukit Gantang ,YB Cikgu Rosli kurang cerdik."

Post a Comment