Terkini

Polis jangan jadi barua UMNO-Nizar


DS Nizar sedang berucap,antara lain minta "polis jangan jadi barua UMNO".Turut beri semangat kepada GMI Datin Seri Fatimah Taat. foto Qahar.


Kamunting,15 Julai- Menteri Besar Perak yang dipilih rakyat, Dato Seri Nizar Jamaluddin  menyarankan kepada pihak polis agar jangan cenderung kepada kezaliman kerana perbuatan tersebut ditegah oleh Islam. 

Beliau juga  merayu kepada kerajaan supaya membebaskan  45 tahanan dan benarkan mereka kembali kepada keluarga untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan dapat bersama-sama  menunaikan Solat Eidul Fitri. 

Nizar dalam ucapannya memberitahu bekas KPN ,Musa Hassan telah menyatakan  bahawa kadar Jenayah di Malaysia amat tinggi.

Menurut Nizar lagi,kenyataan Musa Hassan  telah dinafikan oleh Ketua Polis Negara dan juga Hishammuddin Tun Hussein.

Nizar juga  menggesa anggota polis jangan jadi barua kepada UMNO dengan menindas rakyat sedangkan jenayah semakin meningkat.

0 Response to "Polis jangan jadi barua UMNO-Nizar"

Post a Comment