Terkini

Relaks lah UMNO Bukit Gantang, PAS juga nak rai jemaah haji.


Ustaz Idris Ahmad menasihatkan bakal jemaah haji supaya jaga aqidah daripada Bukit Gantang lagi. Rugi kiranya bakal jemaah yang terpilih  tidak menggunakan masa sepenuhnya untuk beribadat kehadrat Allah s.w.t.Ustaz Idris juga berpesan agar dapat berdoa di Tanah Suci Makkah,beri kemenangan kepada Islam dalam PRU 13 nanti.
Salah seorang bakal haji dari Parlimen Bukit Gantang,Ustaz Basiron Lat yang akan berangkat ke Tanah Suci 17 September ini ,sedang menerima tanda ingatan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang.Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad.

Foto Kenangan Jemaah Haji dari Bukit Gantang.  
Jemaah haji muslimat ,bersama Ustaz Idris Ahmad dan Tok Penghuku Mukim Bukit Gantang Tuan Abdul Jamil.
Bukit Gantang- Ahli Parlimen Bukit Gantang dan PAS Bukit Gantang pada 14 September telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin untuk meraikan jemaah haji daripada Parlimen Bukit Gantang. Parlimen Bukit Gantang pada tahun ini menghantar 92 orang Jemaah. 

Dalam majlis kelmarin,seramai 53 jemaah haji hadir  dalam Program Meraikan Jemaah Haji Parlimen Bukit Gantang. Turut hadir Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz  Nordin Jaafar. 

1 Response to "Relaks lah UMNO Bukit Gantang, PAS juga nak rai jemaah haji. "

  1. Semoga semua jemaah yg pergi menunaikan rukun Islam ke lima ini memperolehi haji mabrur. Doakan semoga Islam menang dan menduduki persada pentadbiran negara.

    ReplyDelete