Najib mana boleh lupa ops lalang 1987. Kerana mulut dia dan Lim Kim Sai ramai pemimpin PAS dan DAP ditangkap? |
YB Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat mengingatkan pemimpin-pemimpin supaya cermat dan tidak terpengaruh dengan isu Hudud yang dimainkan Chua Soi Lek .
Dr Hatta menasihatkan pemimpin PAS semua peringkat supaya berhati -hati dan tidak terperangkap dengan isu "hudud "yang dibawa oleh Chua Soi Lek dari MCA itu.
Dalam pada itu ,kita seharusnya tahu,pada tahun 1987 ,terdapat ops lalang yang menankap ramai pemimpin PAS dan DAP . Isu yang dimain pemimpin MCA dan disambut DS Najib pada masa itu Ketua Pemuda UMNO telah menyebabkan seolah-olah masalah perkauman boleh menjahanakan negara.
Jadi Dr Hatta Ramli dalam taklimat kepada peserta Perakite kelmarin 21 Oktober ,anjuran PAS Perak ,meminta pemimpin PAS dan ahli serta penyokong supaya jangan melatah dengan isu yang dimainkan oleh Chua Soi Lek itu.
0 Response to "Hudud ,jaga-jaga ops 1987 kata YB Dr Hatta."
Post a Comment