Amanah Negeri Perak.

Amanah Negeri Perak.
Terkini

K.Kupusamy,Ketua MIC ,hanya DS Nizar boleh tolong.

K.Kupusamy ,Ketua MIC dekat Sungai Rotan Trong,menunjukkan pelan lokasi tanah kerajaan  yang mereka usahakan dengan tanaman getah dan kelapa sawit baru-baru ini padac 25 November 2012.Beliau menerangkan kepada DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad terdapat 160 orang pengusaha tanah. Peneroka memohon tanah ini sejak zaman Rafidah Aziz jadi Ahli Parlimen di sini(dulu Parlimen Kuala Kangsar). Mereka guna jasa baik UMNO,Samy Vellu dan Palanivel,masalah mereka tidak juga diselesaikan.K.Kupusamy mendakwa Presiden MIC ,Samy Vello dan sekarang Palanivel,semua tak boleh pakai. DS Nizar saja harapan mereka kini.
   


K.Kupusamy bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah  tanah kerajaan di Sungai Rotan Dun Trong,yang juga Ketua MIC untuk Sungai Rotan ."Dulu masa mintak tanah,cakap Malay Reserve,sekarang orang Melayu sudah dapat boleh jual sama orang Cina"kata K.Kupusamy.'Ini  25 orang sudah dapat geran tanah"kata Kupusamy kepada DS Nizar."Ini orang takdak usaha punya"kata Kupusamy lagi."Sekarang ini ,mereka sudah dapat geran,kita tanam orang lain kasi dapat."kata Kupusamy. Foto -foto: Qoorata

0 Response to "K.Kupusamy,Ketua MIC ,hanya DS Nizar boleh tolong."

Post a Comment