Terkini

Adun UMN0, cakap berdegor-degor,kawasan sendiri tak jaga!!!!!

INI bukti YB Rosli Husein ,tak buat kerja. Dahlah menipu di DUN ,tuduh Nizar 3 bulan sekali baru jumpa penduduk.(lagi ADUN makan gaji buta)

Tidak tahan bau busuk najis
Norazian bersama penduduk menunjukkan kawasan kebun sayur dan buah-buahan didakwa menyebabkan pencemaran bau di Kampung Baru, Jalan Kuala Trong.
TAIPING – “Kami sudah tidak tahan untuk berhadapan dengan pencemaran bau yang sangat teruk sehingga menyebabkan penduduk rasa sesak nafas,” katanya Norazian Mat Lateh, 40.


Dia berkata, dalam tempoh dua tahun ini penduduk Kampung Baru, Jalan Kuala Trong terpaksa menghadapi masalah pencemaran bau baja yang digunakan pihak pengusaha kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di kawasan berkenaan.



Menurutnya, kawasan perkampungan itu didiami kira-kira 200 penduduk yang majoritinya beragama Islam.



"Kami merasakan baja yang digunakan pengusaha itu ialah najis babi kerana baunya seperti bangkai menyebabkan penduduk terpaksa menutup hidung ketika berada di dalam atau di luar rumah.



“Oleh itu, rasanya baja yang digunakan pihak pengusaha perlu ditukar agar dapat menyelesaikan masalah pencemaran bau ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.



Norazian berkata, perkara ini bukan sesuatu yang baru dan aduan juga sudah dibuat kepada pihak berkenaan namun sehingga kini masalah masih belum selesai. Jelasnya, penduduk tidak menghalang projek tanaman berkenaan, namun tidak bersetuju dengan baja yang digunakan.



"Setiap kali baja tersebut dibawa masuk, kami akan berhadapan dengan masalah pencemaran bau dalam jangka waktu hampir seminggu.



“Bayangkanlah keadaan kami di sini yang terpaksa menghidu bau busuk sepanjang hari,” katanya.



Kata Norazian,  penduduk berharap masalah berkenaan segera diselesaikan demi kesejahteraan mereka.

0 Response to "Adun UMN0, cakap berdegor-degor,kawasan sendiri tak jaga!!!!!"

Post a Comment