Terkini

Zambry Kadir akan tiru apa saja Nizar buat.

DS Nizar menyantuni pelajar-pelajar tahfiz di Masjid Nurul Hidayah,Kuala Trong,Taiping.Pada lain masa Zambry akan tiru. Kerja Zambry meniru apa yang Nizar buat.

Budak-budak tahfiz tersenyum riang bersama DS Nizar.
DS Nizar memberi duit raya dari Dewan Pemuda Bukit Gantang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Trong- DS Nizar pada 8 Ogos lalu berbuka bersama pelajar-pelajar tahfiz dalam parlimen beliau dan anak-anak yatim.Sebanyak 26 pelajar tahfiz  dan 15 orang anak yatim diberi duit raya.

Dalam tempoh pemerintahan PR di Perak banyak program yang dibuat. Contohnya dermasiswa, air percuma untuk penduduk miskin,hak milik tanah kepada setinggan dan mendekati golongan miskin.Semuanya diteruskan oleh kerajaan Zambry.Zambry Kadir menanti manefesto PR untuk tidak payah memerah otak untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Perak.Zambry akan tiru apa yang telah dan akan dibuat DS Nizar.

Kisdar kritikal,Zamry gagal.

Ku Is Kerabat  Diraja Perak sebagai Koordinator Jawatankuasa Isu & Strategik mendedah Kolej Islam kepunyaan kerajaan Negeri Perak mengalami masalah kewangan yang kritikal hasil pengurusan yang tidak cekap.


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mendapat maklumat bahawa Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) sebuah kolej milik penuh Kerajaan Negeri Perak kini mengalami masalah kewangan yang kritikal walapun dalam masa yang sama telah menaiktarafkan ianya menjadi Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) baru-baru ini. Pada hakikatnya, Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir masih belum mampu memastikan taraf KISDAR untuk menjadi Kolej Universiti berikutan kepincangan masalah kewangan sebenarnya.

Berikutan menaiktarafkan KISDAR kepada KUISAS, kos operasi yang amat tinggi terpaksa diselenggara kini. Persoalan timbul tentang penganugerahan tanah hampir 3,000 ekar kepada KISDAR bagi tujuan menjana kewangannya, apakah yang telah berlaku? Sehingga kini, kos bayaran kakitangan KISDAR sudah mencecah RM 1 Juta sebulan dan kos ini tidak termasuk kos pembangunan akademik serta pelajar dan juga kos penyelenggaraan operasi KISDAR. Kami turut difahamkan bahawa penambahan kos gaji kakitangan berlaku disebabkan kemasukan kakitangan pentadbiran secara ‘melampau’ dan juga berlebihan.

Ianya seperti tiada perancangan rapi di dalam memastikan pengurusan utama KISDAR menilai semua permohonan kakitangan yang sewajarnya dan layak bagi mengisi kekosongan tersebut. Ini termasuk telah melantik beberapa pegawai utama tanpa ada satu penilaian dan kelayakan bagi memastikan pengurusan KISDAR untuk mampu dinaiktaraf sepenuhnya. Kami juga melihat kegagalan ini dengan pemotongan permohonan peruntukan yang dikemukakan oleh KISDAR menampakkan lagi kepincangan dalam menguruskan KISDAR. Malah difahamkan akibat daripada permotongan peruntukan tersebut akan menyebabkan gaji kakitangan KISDAR hanya mampu dibayar sehingga September atau Oktober sahaja.

Kami sangsi kemampuan Datuk Seri Zambry di dalam memastikan satu-satunya Kolej di bawah Kerajaan Negeri Perak akan berjaya dinaiktaraf sepertimana pengharapan Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam titah-titah baginda sebelum ini terhadap pengharapan terbentuknya KUISAS di Negeri Perak. Kami bersedia menjayakan misi menaiktarafkan KISDAR demi rakyat dan masyarakat Islam yang inginkan mercu kebanggaan rakyat Perak ini dipulihkan dengan segera!

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Menang kita sembelih kerbau di sini- DS Nizar

DS Nizar memberitahu penduduk Changkat Jering, beliau akan menyaman TV3 dan Utusan 50 juta setiap satu,atas fitnah yang kononya beliau menghina Sultan Johor.Jika menang DS Nizar akan sembelih kerbau untuk buat kenduri kesyukuran. Sementara itu TV3 bersedia untuk lawan di mahkamah,sedangkan utusan masih diam membisu,walaupun tempoh meminta maaf sudah habis.

Zambry Kadir cukup marah Nizar.

Zambry  Kadir cukup takut jika DS temui penduduk Bukit Gantang. DS Nizar mengusap salah seorang kepala anak yatim.
Ustaz Idris Ahmad,bakal calon Parlimen Bukit Gantang turut sama menyantuni penduduk.
  Isteri Ustaz Idris Ahmad ,Ustazah Kamariah Mat Ali turut sama menyantuni penduduk.



                                                                       Foto-foto- Qoorata

Changkat Jering-Pas Kawasan Bukit Gantang pada PRU13 kali akan mempunyai dua tokoh nasional yang akan bertanding .DS Nizar Jamaluddin ,insyaAllah akan bertanding di DUN Changkat Jering dan Ustaz Idris Ahmad akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang.

Dengan DS Nizar bertanding di DUN Changkat Jering,peluang Menteri Besar Perak dari Parlimen Bukit Gantang ,insyaAllah cerah.  


Majlis sedikit cacat ,OCPD Taiping tak mahu salam Nizar.

Ini OCPD kita Tuan Yusof , orang Perlis kata Dato' Akram kepada DS Nizar dan tetamu yang hadir.Turut kelihatan Datin Seri Fatimah Taat ,isteri DS Nizar.OCPD Taiping ,Tuan Yusof langsung tidak mahu  bersalam dengan DS Nizar.OCPD Taiping itu terus balik tanpa menuggu majlis selesai.Itupun balik ikut pintu belakang.Lagak beliau tidak profesional langsung.
DS Fatimah Taat ,isteri DS Nizar  menyampaikan duit raya kepada anak yatim dari Kg Cheh ,Bukit Gantang.Majlis menyampaikan bantuan  kepada anak yatim ini dianjur Dato Akram,Pengerusi Masjid Hanafi,.Tetapi menjadi sedikit cacat kerana ,Dato Akram mengajak OCPD Taiping bertemu dan duduk dengan DS Nizar  langsung tidak dilayan Tuan OCPD itu.
 
DS Nizar bergambar kenangan dengan Dato Akram sebaik selesai Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri daripada Dato Akram,Pengerusi Masjid Hanafi.Turut kelihatan Ustaz Ahmad Fakharudin YDP Pas Taiping.
Taiping, 6 Ogos- DS Nizar menghadiri majlis penyampaian bantuan fakir miskin dan anak yatim yang dianjur Dato Akram. DS Nizar dijemput untuk turut sama menyampaikannnya.Sebanyak 100 orang fakir miskin dan 20 orang anak yatim diberi duit raya dan sekampit beras , dan sekilo gula.

Majlis agak sedikit cacat apabila OCPD Taiping,Tuan Yusuf meninggalkan majlis tanpa bertegur sapa dengan DS Nizar. 

D.O sibuk edar bubur lambuk.

D.O sibuk edar bubur lambuk.

Pegawai Daerah LMS Dato' Harun Rawi kelmarin  5 Ogos sibuk edar bubur lambuk di Pekan Changkat Jering. Masalah setinggan pun beliau tak dapat nak selesai lagi. Edar bubur lambuk bagilah dekat orang lain.Tuan Pegawai Daerah lebih baik tolong rakyat. 


2,000 penduduk tuntut kerajaan tunai janji bina rumah
Antara ketua keluarga yang berkumpul menyatakan masalah mereka untuk mendapatkan rumah mampu milik di Kampung Tersusun, Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting
TAIPING – Hampir 2,000 penduduk setinggan di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Larut Matang Selama (LMS) di sini nekad tidak akan keluar mengundi pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekiranya Kerajaan Negeri tidak mengotakan janji.
Pengerusi Badan Bertindak Setinggan KTM Larut Matang Selama (LMS), Idris Ismail,52, berkata, mereka telah dijanjikan untuk tinggal di rumah mampu milik di Kampung Tersusun, Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting namun sehingga kini janji itu belum terlaksana.
Menurutnya, sejak dari tahun 2008 mereka telah bersetuju untuk mendiami rumah terbabit namun permintaan mereka tidak diendahkan.
"Sebelum ini, seramai 339 ketua keluarga telah bersetuju keluar dari tanah rezab KTMB setelah dijanjikan tapak rumah yang tidak perlu dibayar apa-apa caj di kemudian hari.
“Namun setelah persetujuan dicapai, mereka diminta membayar RM1,500 sebagai premium tanah dan upah sukat tidak termasuk tambak tanah merah yang menelan kos lebih RM8,000 dan sekurang-kurangnya RM50,000 lagi untuk membina rumah setingkat.
Katanya, mereka dahulunya tinggal di atas tanah rezab KTMB termasuk dari Air Kuning, Larut Tin, Kamunting dan Pondok Tanjung bersetuju untuk pindah bagi memberi laluan kepada projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh Padang Besar yang dijangka siap pada 2013 ini.
“Justeru jika tidak ada apa-apa tindakan dan pindaan kami nekad tidak akan keluar mengundi atau undi lebih 2,000 penduduk akan berpindah kepada parti lain.
“Kami merasa teraniaya dan mereka akan menerima balasan di atas apa yang mereka lakukan terhadap penduduk setinggan di sini,” katanya.
Tempoh pembinaan dua tahun
Setiausaha Badan Bertindak Setinggan KTM LMS, Ismail Mohamad, 65, berkata, melalui surat yang diterima daripada Kementerian Pengangkutan pada Oktober tahun lalu, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan sudah bersetuju untuk menimbus kawasan berpaya berkenaan untuk pembinaan Rancangan Kampung Tersusun yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bagi penempatan 339 keluarga di atas tanah seluas 117 ekar.
Malah katanya, kementerian juga bersetuju memberi sumbangan kepada setiap keluarga setinggan sebanyak RM1,000 serta bayaran sewa rumah RM300 setiap sebulan selama 24 bulan bermula Julai 2008 sehingga Jun 2010.
Menurutnya, jika mengikut perjanjian asal, Kerajaan Negeri telah menetapkan tempoh pembinaan maksimum iaitu selama dua tahun sahaja bagi membina Projek Penempatan Rakyat (PPR), namun sehingga kini cuma ada tanah kosong yang belum ditambak sepenuhnya dalam tempoh yang sudah melebihi 4 tahun.
“Kepada siapa lagi kami hendak mengadu apabila luahan dan rintihan kami tidak diambil tindakan serius, jika kami semua adalah golongan jutawan tidaklah kami merempat sebegini,” katanya.
Gesa campur tangan
Penduduk, M.Ramachandran, 65, berkata, dia berharap kepimpinan tertinggi campur tangan dalam urusan ini agar seluruh penduduk Setinggan menerima hak mereka seperti yang telah dijanjikan.
“Kita cuma menuntut hak setelah bersetuju memberi laluan kepada pembangunan dan sebagai balasannya kerajaan perlulah menunaikan janji mereka.
“Pemberian yang dikatakan akan diberi secara berperingkat tidak dilaksanakan dengan baik dan mengikut jadual yang berkesudahan dengan penduduk menerima kesannya,”katanya.
Bendahari Badan Bertindak Setingan KTM LMS, Himatalaman, 25, berkata, masalah ini telah lama berlarutan dan pelbagai janji dikeluarkan agar penduduk setinggan bertenang, tetapi sehingga kini kami tidak melihat apa-apa perkembangan.
“PRU 13 ini kita akan sama-sama saksikan kebangkitan rakyat yang sudah letih dengan permainan pihak-pihak yang berkenaan dan akan berusaha mengubah nasib semua penduduk setinggan ini supaya diberi perhatian oleh pihak yang berjanji.
“Bagaimanapun, kita masih memberi peluang kepada pihak yang terlibat untuk turun padang bagi selesaikan masalah ini,” katanya.
Segerakan urusan penempatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Datuk Azemi Kasim dalam kenyataan bertulis kepada penduduk baru-baru ini menegaskan, memandangkan Kerajaan Persekutuan melalui  Kementerian Pengangkutan telahpun melaksanakan tanggungjawab yang dipersetujui dengan Kerajaan Negeri, maka wajarlah Pegawai Daerah mempercepatkan urusan penempatan semula dengan menggunakan peruntukkan yang telah disumbangkan oleh  Kementerian Pengangkutan.
“Namun disebabkan kelewatan Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan di kawasan penempatan baru maka atas permintaan Pegawai Daerah ketika itu bersetuju melanjutkan sumbangan sewa rumah selama 24 bulan lagi iaitu bersambung dari Julai  2010 sehingga Jun 2011,” katanya.
Berdasarkan persetujuan asal,  Kementerian Pengangkutan tidak menyediakan rumah kepada penduduk setinggan namun telah menyumbang sebanyak RM11 juta kepada Kerajaan Negeri bagi kos pembinaan penempatan semula setinggan.
Terima secara berperingkat
PegAwai Daerah Larut Matang, Datuk Harun Rawi berkata, semua setinggan yang layak akan menerima tanah tapak rumah secara berperingkat-peringkat.
Menurutnya, kebanyakkan mereka akan ditempatkan di kampung Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting manakala selebihnya di Pondok Tanjung, Air Kuning dan Larut Ulu.
Beliau menegaskan kerja menambak tanah perlu ditanggung sendiri oleh setinggan.
Katanya, peruntukkan Kementerian Pengangkutan bukan RM11 juta tetapi hanya RM8 Juta yang sudah digunakan untuk menyediakan prasarana dan membina 20 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di
Kurnia Jaya Tambahan untuk setinggan yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan.
“Bagi hak milik pula, pihak Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang dan Selama sudah dan sedang dalam proses menyediakan kelulusan hak milik melalui borang 5A dengan  syarat setinggan membayar premium dan upah sukat berjumlah lebih RM1000,” katanya.. sinar

Jalur malang,apa kata Nizar?

Sabtu lepas, DS Nizar didakwa oleh Zambry  telah  mengeluarkan tweet: "'Janji ditepati' malang perayaan kemerdekaan tahun ini dibuat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan Jalur Gemilang, jalur malang!", 

Jadi untuk mengetahui apa yang didakwa itu ,satu Ceramah Merdeka akan diadakan pada 8 Ogos ini,pada 10 malam .Lokasi ceramah di Markaz Pas Batu 6,Changkat Jering.

Turut berceramah kerabat diraja Perak, YM Dr Raja Ahmad Iskandar atau lebih dikenali Ku Is.

Mohamad Nor Manuaty boleh bertanding 3 kerusi.

Dr Mohamad Nor Manuaty sedang menyatakan sesuatu kepada DS Nizar dan YB Nga Kor Meng.Mereka bertemu pada majlis Jamuan Dap Simpang 28 Julai lalu.    

Penulis pelik betul dengan Dr  Mohamad Nor Manuaty ini. Mahu bertanding sampai tiga kerusi. Satu Dun Batu Kurau( Parlimen Larut),kemudian Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang,beliau juga mahu bertanding di Parlimen Bagan serai.

Apabila ditanya orang PKR Larut ,mereka juga umum ,Mohamad Nor Manuaty betanding  di Dun Batu Kurau.Tanya pula dengan orang PKR Bagan Serai ,mereka juga memberitahu Mohamad Nor bertanding di Bagan Serai.

Di DUN Changkat Jering,heboh orang PKR kata Mohamad Nor Manuaty yang akan bertanding.

DS Nizar pun  menegaskan hanya  satu kerusi beliau  bertanding,dan DS Nizar hanya berminat dengan DUN Pasir Panjang.Begitu juga YB Nga Kor Meng juga hanya bertanding satu kerusi. Tapi lain sungguh dengan Ketua Penerangan PKR Malaysia ini,tiga kerusi nama dijaja untuk bertanding.Macam PKR Perak  tiada pimpinan lain.Macam tamak sungguh dan takut kalah tak boleh jadi wakil rakyat.

Jangan marah Dr Mohamad Nor Manuaty, pengundi juga ingin tahu .!