MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Macamana wang darah untuk bina MISC-Nizar


DS Nizar sedang memberitahu Pak Hashim  Yaacob yang tinggal di Changkat Jering ,mangsa buruh paksa keretapi maut,Kerajaan BN di bawah Mahathir,Abdullah dan Najib masih menyimpan RM207 bilion,pampasan kerajaan Jepun kepada buruh paksa landasan keretaspi maut Perang Dunia ke 2, sejauh 400km
(cerita mereka makan duit haram)
KUALA LUMPUR: Wang pampasan buruh paksa Landasan Kereta Api Maut Jepun yang digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) merupakan satu tindakan yang tidak wajar.


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa ataupun waris mereka. 


"Sewajarnya wang itu untuk mangsa. Bayangkan ada di kalangan mereka yang hilang kerana dipaksa membina, tidak kurang juga mati ketika itu.  


"Bagaimana kerajaan boleh menggunakan wang darah tersebut untuk membina MISC?" soal beliau pada satu sidang media khas, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.


Tambah beliau, tindakan itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak mempunyai sikap kemanusiaan dan peka terhadap mangsa buruh paksa tersebut.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang pernah dilaporkan Utusan Malaysia, bertarikh 11 Mei 2007 yang menyatakan wang tersebut digunakan untuk penubuhan MISC.


Shabery, ketika itu yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, dilaporkan berkata kes itu dianggap selesai.


Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.


Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan MISC.


Sebelum ini, isu berkaitan pampasan ini pernah dibangkitkan Nizar ketika perbahasan belanjawan 2013, hujung tahun lalu.


Beliau ketika itu meminta Menteri Kewangan menjelaskan status kedudukan wang tersebut yang dikatakan sudah dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia, namun mangsa ataupun waris masih tidak menerima wang tersebut.

0 Response to "Macamana wang darah untuk bina MISC-Nizar"

Post a Comment