Terkini

Zahid Hamidi tolonglah anggota TLDM yang pinjam duit ceti ni!!!

Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan ,kena ambil berat kes anggota TLDM pinjam duit  ceti.Jgn sibuk isu Deepak  .Kena tengok sama fungsi kor agama(Kagat) .Jgn bercakap berdegar-degar isu kalimah Allah oleh bukan Islam.Isu anggota tentera yang bermasalah perlu ditolong. Jangan tolong kerana nak bagi Zambry Kadir dapat undi POS,sudahlah.  

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil langkah proaktif membantu 102 anggotanya yang membuat pinjaman ah long dengan menyelesaikan kesemua nilai pinjaman terlibat iaitu RM139,000.     

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, seramai 178 anggota dikenal pasti terlibat membuat pinjaman daripada pemberi pinjaman tanpa lesen itu.

“Seramai 76 anggota lagi dibantu melalui ceramah dan khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Kami dapat bantuan daripada agensi luar yang berbincang dengan pemberi pinjaman tanpa lesen,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru kepada kira-kira 2,000 pegawai dan anggota di Pangkalan TLDM di sini, semalam.

Beliau berkata, usaha TLDM itu memberi keyakinan dan semangat kepada anggota yang terjebak serta TLDM akan membuat pemantauan terhadap anggota supaya tiada yang terlibat lagi.

"Mereka yang terlibat adalah anggota pelbagai pangkat dan pihak pengurusan TLDM mengadakan pertemuan dengan mereka untuk mengetahui punca sebenar pinjaman dibuat," katanya.

Beliau yang tidak menafikan kemungkinan masih ada anggota terlibat dengan pinjaman ah long berkata, pihaknya menugaskan pegawai untuk memberi penerangan serta mengenal pasti anggota bermasalah.

“Kita menasihatkan mereka berjimat cermat, menabung dan hanya membenarkan  pinjaman dibuat atas sebab yang betul-betul memerlukan melalui prosedur yang betul dan bukan dalam jumlah yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, TLDM bekerjasama dengan institusi perbankan untuk memudahkan anggota membuat pinjaman berdasarkan kemampuan pembayaran balik pinjaman.
Ditanya mengenai kemungkinan segelintir anggota yang meminjam ah long terlibat dengan aktiviti perjudian mesin slot, Abdul Aziz berkata, Protela (Polis TLDM) memantau aktiviti di premis yang menjalankan kegiatan itu.

Pada majlis itu, Abdul Aziz turut melancarkan pelan strategik TLDM 2013 hingga 2020 yang merangka strategi jangka pendek dan panjang berlandaskan Pelan Strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pelan Strategik TLDM yang baru merangkumi 14 objektif antaranya kesiagaan tertinggi, sumber yang dioptimumkan, kecemerlangan tadbir urus dan kesesuaian polisi dan doktrin. - Bernama

0 Response to "Zahid Hamidi tolonglah anggota TLDM yang pinjam duit ceti ni!!!"

Post a Comment