PETALING JAYA: DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Dalam keputusan yang dipinda, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20 dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.
Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkannya pada kedudukan 20.
Sebagai tindak balas, Zairil menulis dalam 'Twitter' bahawa dia masih terkejut.
Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran.
Pooi berkata kesilapan itu disebabkan masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan menggunakan Microsoft Excel.
"Kesilapan menyebabkan calon-calon yang meraih kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama," katanya, sambil menambah Setiausaha Agung Parti, Lim Guan Eng telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Beliau berkata parti menjalankan pengauditan dalaman yang diketuai oleh Dr Ong Kian Ming, dan melantik juruaudit luaran.
"Kami telah membuat pindaan yang perlu," kata Pooi.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, jawatankuasa, semasa mesyuarat malam Khamis telah mengesahkan Zairil dipilih sebagai ahli.
Wu telah dilantik sebagai ahli dan dibenarkan kekal sebagai penolong setiausaha penganjur kebangsaan.
Seorang anggota jawatankuasa penganjuran kongres ke-16 parti, bagaimanapun, berkata keputusan yang diumumkan pada 17 Disember sepatutnya dikekalkan.
"Tiada siapa yang mempertikaikannya. Saya tidak faham mengapa terdapat keperluan untuk membuat pindaan,'' kata ahli yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan. sumber mstar
0 Response to "SPR DAP bikin silap,Zairil sepatutnya menang."
Post a Comment