IPOH - Seorang tukang urut mendakwa kecewa dengan sikap seorang anggota polis yang mengeluarkan kenyataan ‘tidak disenangi’ ketika membuat laporan di sebuah balai polis di bandar raya ini pada 18 Februari lalu.
Mangsa, Razazi Alias, 42, berkata, dia membuat laporan polis apabila mendapati dompetnya hilang selepas singgah membeli barangan di sebuah kedai runcit di Jalan Mustapha Al-Bakri, di sini.
Bagaimanapun, sewaktu laporan dibuat, anggota polis berkenaan didakwa menyuruhnya untuk mencarinya sendiri memandangkan dia sudah mengetahui wajah dan nombor telefon suspek yang diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut.
Menurutnya, dalam kejadian jam 6.40 petang itu, dia terlupa untuk mengambil semula dompet yang diletakkan berhampiran kaunter bayaran dan terus keluar menuju ke tempat kerjanya di Gerbang Malam.
“Saya hairan, kenapa saya perlu mencari suspek terbabit sedangkan itu adalah kerja polis malah saya telah membantu memberikan nombor telefon yang dipercayai digunakan suspek kepada mereka (polis) untuk memudahkan siasatan.,” katanya. sumber SH
0 Response to ""Polis suruh tangkap sendiri suspek curi dompet""
Post a Comment