Terkini

Salah Najib,kadar insurans kenderaan naik mulai hari ini.

Kadar terbaru insurans kereta dan motor mulai hari ini (15.2.13) 

14 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Kadar premiun insurans kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai  Jumaat 15 Februari.

Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai 15 Februari apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif. 

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif. 

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini.

Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2o10.

0 Response to "Salah Najib,kadar insurans kenderaan naik mulai hari ini."

Post a Comment