Terkini

MIC sudah marah Zambry,MIC mahu jawatan Speaker DUN Perak.

KUALA LUMPUR, 8 Jun —MIC sudah marah sama UMNO.Keputusan DS Zamry  gagal menamakan wakil MIC sebagai Speaker,menyebabkan DS Palanivel sudah beri amaran.

Lantas  MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Umno, jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.

Sementara itu,dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu.

Di samping itu parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata Palanivel.

0 Response to "MIC sudah marah Zambry,MIC mahu jawatan Speaker DUN Perak."

Post a Comment