Terkini

Kuala Besut,para guru jangan gentar.

Berapa banyak guru di DUN Kuala Besut akan ditukar ke daerah lain selepas PRK 2013 ini.Semuanya kuasa UMNO.UMNO menang pertukaran mungkin tidak berlaku.UMNO kalah para guru tunggulah nasib.Semuanya gara-gara ugutan atau gertak Menteri Pendidikan 2 secara tidak langsung.


"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," kata, Idris Jusuh di Kg Kemunting,dekat Kuala Besut.


 Kuala Besut memerlukan para guru yang berani membawa perubahan.Para guru kena jadikan diri mereka  contoh pembawa perubahan. Politik ugutan yang dibawa oleh Menteri UMNO usah dilayan.Jika kaum nelayan pun mahu perubahan masakan para guru yang cerdik tidak mahu berubah.

0 Response to "Kuala Besut,para guru jangan gentar."

Post a Comment