Ipoh - Jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) Sarjan Rosdi Mohamad Zan yang meninggal dunia akibat kemalangan kenderaan tentera di Lubnan, selamat dikebumi sebentar tadi,7.30 malam di Tanah Perkuburan Tambun,,berdekatan Ulu Kinta ,Ipoh..DS Nizar turut memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Sarjan Rosdi Mohamad Zan
Sebaik jenazah sampai di tanah air jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 3.30 petang.
Jenazah kemudian diterbangkan ke Ipoh, Perak dengan pesawat C130 dari Pangkalan TUDM Subang.Selamat tiba di Lapangan Terbang ,Sultan Azlan,Ipoh, 5.30 petang.
Semalam upacara penghormatan terakhir telah dilaksanakan di Helipad Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Lubnan pada pukul 4 petang (9 pagi waktu Malaysia)
|
0 Response to "DS Nizar turut beri penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Sarjan Rosdi,anggota Malbatt 5."
Post a Comment