Terkini

Pakatan Rakyat perlu 40 tahun lagi untuk bentuk Kerajaan Putrajaya.

Aksi DS Nizar memperkenal blogger  kepada  Tuan Haji Salehuddin Ayob,Naib Presiden PAS dalam majlis perkahwinan anak beliau  di Ipoh pada 24 Ogos  lalu.  
Semasa menghadiri majlis perkahwinan DS Nizar sempat bertemu teman-teman pelbagai kaum.Antara topik perbincangan kemampuan PR untuk membentuk kerajaan Malaysia dalam PRU 14 nanti.

Melihat sejarah, tahun 1969 (gabungan parti-parti)Pakatan Rakyat pada masa itu hampir berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Kemudian pada tahun 2008 PR juga hampir boleh membentuk kerajaan Putrajaya.

Justeru jika melihat putaran sejarah  PR kemungkinan  hanya mampu membentuk kerajaan pada tahun 2048,hal ini kerana UMNO dan BN telah dan akan membuat pelbagai tranformasi sebelum itu.PR juga perlu melaksanakan tranformasi atau meremajakan parti-parti untuk bersaing dengan UMNO/BN.Jangan tunggu 40 tahun lagi baru mahu mengambil-alih kerajaan.

0 Response to "Pakatan Rakyat perlu 40 tahun lagi untuk bentuk Kerajaan Putrajaya."

Post a Comment