Terkini

Flashmob bantah naik harga minyak,petang ini..


Flashmob bantah kenaikan harga minyak serentak diseluruh negara !!

DPP Malaysia dengan kerjasama DPP Negeri akan mengadakan flashmob serentak seluruh negara bertempat di sepuluh kawasan berhampiran stesen minyak di setiap negeri pada jam 5 hingga 6.30 petang ini.

Flashmob ini adalah bantahan "diam" oleh rakyat marhaen yang dinafikan hak dan dibisukan suara mereka. Ianya diadakan secara aman tanpa sebarang provokasi dan gangguan kepada keamanan dan keselesaan orang ramai.

Justeru itu :

a] jangan ganggu lalu lintas
b] jangan halang laluan masuk ke stesen minyak
c] jangan cetus dan layan provokasi.
d] jgn bawa apa - apa ditangan melainkan banner atau poster sahaja.

Kami mengharapkan agar warga prihatin dapat keluar beramai - ramai mengikut arahan DPP Negeri masing - masing untuk menghadiri lokasi yang akan ditetapkan.

Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia

0 Response to "Flashmob bantah naik harga minyak,petang ini.."

Post a Comment