Maaf sekadar ingin bertanya,mana perginya penasihat ekonomi DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi,ulasan Tok Guru mengenai bajet amat ringkas berbanding ulasan DS Anwar Ibrahim. Sepatutnya penasihat Tuan Guru Haji Abdul Hadi kena beri input kepada Tok Guru kita. Cuba baca dua pandangan yang dipetik melalui harakahdaily.
Pandangan Tuan Guru Abdul Hadi.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.
Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.
Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok.
"Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat," katanya ditemui di lobi Parlimen.
Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600.
Pandangan DS Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku.
Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.
“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan,” ujarnya dipetik Selangorku.
Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian.
Tambahnya, GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin.
“Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, semalam.
Bukanke penasihat ekonomi Haji Hadi menantu dia yang hebat tu?
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSiapa penasihat 3konomi presiden PAS? Aku rasa m3sti Ustaz Din Ayam.