MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Susu krimer tamat tempoh,pemimpin UMNO cuba khianat Mukhriz.

YAN - Susu krimer manis yang dipercayai disumbangkan oleh pemimpin Umno didakwa sudah tamat tempoh.

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu disedari oleh seorang petugas akhbar Harakah, Khairul Hafizi, 35, selepas sekumpulan rombongan Umno itu menyampaikan sumbangan tersebut di rumah ibunya dekat Sungai Dedap, pada jam 3.30 petang, semalam.

Beliau berkata, pemberian sumbangan berserta gula, tepung dan beras itu tidak mempunyai masalah, tetapi yang menjadi persoalan adalah susu yang diberikan sudah tamat tempoh.

“Sumbangan berserta dengan susu ini diberikan pada (28 Oktober) lalu, tetapi di bawah tin susu itu tertulis guna sebelum 26 Oktober 2013. Saya sudah berpesan kepadanya jangan benarkan ibunya minum susu itu khuatir berlaku keracunan makanan.

“Tak kan lah punya sengket (kedekut) BN sampai nak beli susu pun kena cari yang sudah luput. Sekurang-kurangnya carilah yang tamat tempoh pada tahun hadapan ataupun lewat bulan Disember,” katanya.

Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Markas Pas Induk Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada seluruh masyarakat di Dun Sungai Limau, terutama di kawasan Sungai Dedap supaya lebih berhati-hati dan melihat terlebih dahulu tarikh luput susu tersebut sebelum digunakan.

“Saya minta pemimpin berkenaan meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Sungai Dedap dan jangan kerana susu ini akan menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Menurutnya, penglibatan pemimpin berkenaan dalam perkara ini adalah berikutan terdapat gambar beliau pada beg plastik yang digunakan sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut.

“Sebab itu pemberian daripada pemimpin berkenaan berlegar dalam kawasan Sungai Dedap. Saya percaya, bukan sahaja dia yang beri susu tamat tempoh, tapi tempat-tempat lain juga diberikan oleh Umno  Bahagian merupakan kemungkinan besar susu yang telah tamat tempoh.

 “Kalau ada orang yang bagi sumbangan, kita kena terima. Tapi perlu berhati-hati dan periksa dahulu tarikh luput dan sebagainya,” katanya.

Tambahan pula, susu tersebut juga diberikan dalam keadaan yang sudah rosak berikutan terdapat kesan kemek pada tin itu.

2 Responses to "Susu krimer tamat tempoh,pemimpin UMNO cuba khianat Mukhriz. "

  1. dalam soal ni tak timbul sapa khianati sapa.yg pastinya nama saja umeno sama saja.penipu.janji selalu dicapati.

    ReplyDelete
  2. raso ambo ni mesti SALOH ANWAR IBRAHIM.....Anwar la hok selalu bagi make ko UMNO ni...kihkihkihkihkihkih

    ReplyDelete