Terkini

8 undi rosak ,tidak undi Mat Sabu atau Nik Amar.


Tuan Haji Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya Timbalan Presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.


Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.Keputusan diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS,  Tuan Haji Asmuni Awi.




Haji Mohamad  Sabu mendapat 588 undi manakala  Ustaz Nik Amar pula memperolehi 490 undi.


Keputusan itu menunjukkan bahawa  Haji Mohamad Sabu berjaya menangkis cabaran  Ustaz Nik Amar 

Haji Asmuni menyatakan , 1,086 pengundi daripada 1,129 perwakilan berdaftar, mengundi semalam. Daripada jumlah tersebut, lapan undi rosak dicatatkan.

0 Response to "8 undi rosak ,tidak undi Mat Sabu atau Nik Amar."

Post a Comment