Ustaz Kazim Elias sudah jelas menjadi anggota UMNO.Dahulu semasa kempen PRU 13 di Parlimen Bukit Gantang khususnya,beliau digelar sebagai seorang pendakwah bebas. UMNO pun tidak ,PAS pun tidak.Kesan kehadiran beliau di Parlimen Bukit Gantang ,pada masa kempen PRU 13 ,pengundi Melayu berjaya dipecahkan oleh Ustaz Kazim .Mereka yang pada awal menyokong PAS beralih arah.Contohnya kubu kuat PAS di KG Cheh,Dun Changkat Jering,PAS kalah 23 undi.Walhal setiap kali PRU di sini,PAS tetap menang dengan majoriti selesa.Pengundi Melayu di DUN Trong apabila mendengar ceramah Uztaz Kazim,banyak yang berubah,menyokong BN.
InsyaAllah dengan Kazim Eliaz menjadi MT UMNO,pengundi atas pagar akan beralih arah,kembali menyokong PAS dalam PRU 14 nanti.Akan tetapi PAS kena berfikir di luar kotak,dengan Ustaz Kazim disokong UMNO,serangan UMNO terhadap PAS di PERAK khususnya akan semakin agresif. |
0 Response to "Kazim Elias pendakwah bebas kepada pendakwah UMNO."
Post a Comment