Terkini

Referendum untuk tentukan PBS -YB Nasrudin Hassan

SHAH ALAM  - Kerajaan dinasihatkan tidak mengetepikan pandangan guru-guru berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan, berpendapat, referendum perlu diwujudkan sebagai satu mekanisme untuk mendapatkan pandangan dalam usaha menambah baik pelaksanaan itu.

“Jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.

“Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku 'flip flop' dan merugikan banyak perkara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) melahirkan rasa kecewa apabila permohonan untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pendidik Malaysia (KPM) berhubung kepincangan PBS dan SPPBS tidak dilayan sehingga kini.

Sehubungan itu, Pas mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan referendum bagi menimbang kekecewaan yang dialami tenaga pendidik terhadap PBS dan SPPBS.

Menurutnya, sistem pendidikan sedia ada itu lemah dan membebankan dari aspek operasi serta pelaksanaannya.

“Prinsipnya kita bersetuju dengan sistem pentaksiran yang holistik bagi menggambarkan kualiti para pelajar, namun daripada aspek operasi dan pelaksanaannya ia dilihat lemah serta membebankan malah mengganggu tumpuan para pendidik kepada tugas asas mereka.

“Sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 dan 2012, kita lihat banyak pihak mengeluh dengan sistem berkenaan sehingga wujud beberapa ‘task force’ yang membantah pelaksanaan tersebut. PBS sangat menyusahkan sehingga kemudaratannya jauh lebih banyak daripada manfaat yang dijangka,” dakwanya.

0 Response to "Referendum untuk tentukan PBS -YB Nasrudin Hassan"

Post a Comment