Terkini

Petisyen Lubuk Merbau:Mahkamah Pilihanraya tolak peguam untuk mewakili Ridzuan Asit

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak permohonan seorang peguam untuk membenarkannya mewakili seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau yang mahu membatalkan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.
    
Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal yang dikemukakan pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif dan hujahan pihak responden.
    
Pada prosiding semalam, Datuk Firoz Hussein Ahmad yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak berkata  pada peringkat awal perbicaraan petisyen itu 13 Ogos lepas, mahkamah itu turut menolak permohonan peguam Chan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen berikutan kegagalannya mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Menurutnya perintah itu hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya untuk memfailkan petisyen pilihan raya, dan bukannya firma guaman.

"Mereka (pempetisyen) kemudian membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan petisyen ini diarah untuk dibicarakan semula di sini hari ini.

Namun, pada peringkat itu langsung tidak timbul berkenaan permintaan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen dalam perbicaraan hari ini," katanya.

Siti Salmah selaku responden pertama diwakili empat peguam diketuai Firoz dan Abu Bakar As Sidiq, responden kedua ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan responden ketiga, Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lubok Merbau Abdul Halim Hamed.
    
Abdul Rahman kemudian menetapkan hari ini untuk mendengar perbicaraan penuh petisyen itu.
    
Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
    
Pada PRU13, Siti Salmah, calon Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu. - Bernama

0 Response to "Petisyen Lubuk Merbau:Mahkamah Pilihanraya tolak peguam untuk mewakili Ridzuan Asit"

Post a Comment