PAS memecat Ustaz Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi dimaklumkan mengenai hal ini.
0 Response to "Siapa dua orang Ahli PAS yang yang bergambar dengan askar ISIS"
Post a Comment