Terkini

Kita dulu bergaduh,tak sampai keluar dewan-Cikgu Noh.

Perwakilan PAS Perak ,Tuan Haji Noh Ahmad pula  dalam ucapan pada hari pertama MUKTAMAR PAS mencadangkan Lajnah Tarbiyah PAS merangka pendekatan baharu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bagi meningkatkan jati diri dalam kalangan anggota muda parti itu.
Menurut Haji Noh Ahmad aktiviti tarbiyah yang semakin berkurangan menyebabkan anggota PAS kehilangan asas dan rukun bai'ah sehingga memberi kesan buruk kepada parti.
"Kita lihat adik (anggota Dewan Pemuda) kita tidak mampu duduk macam kita untuk bertahmid. Kita dahulu bergaduh tetapi tidak sampai keluar dewan. Kalau kita biarkan, maka, ia akan menyebabkan imej PAS dipandang rendah," kata Tuan Haji Noh Ahmad,yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

0 Response to "Kita dulu bergaduh,tak sampai keluar dewan-Cikgu Noh."

Post a Comment