Terkini

Apakah ini satu" trend"Ustaz minta keluar Pakatan Rakyat.?

Seorang Setiausaha Masjid,di Taiping,beritahu,terdapat seorang Ustaz yang mengajar di masjid beliau ,menyatakan lebih baik keluar Pakatan Rakyat.

Setiausaha itu,bertanya Muktamar sudah buat keputusankah untuk keluar Pakatan Rakyat?Jika belum ,beliau beritahu lagi,ini sudah mendahului keputusan.

Setiausaha Masjid juga bertanya lagi,adakah ini "trend" ustaz-ustaz sewaktu mengajar,meminta ATAU mendesak PAS keluar Pakatan Rakyat.?

JIKA melihat situasi ini,seperti apa yang dimomokkan BTN dan pegawai KDN,PAS dan Umno perlu bersatu untuk kekalkan kuasa Melayu.

1 Response to "Apakah ini satu" trend"Ustaz minta keluar Pakatan Rakyat.?"

  1. Tuan

    Penyertaan PAS didalam PR berdasarkan tahaluf siyasi. Satu.

    Berikutan kekecohan isu UG yang melibatkan Hassan Ali dsn Ustaz Nasha - satu keputusan muktamar yang diadakan di Ipoh tahun 2008 telah dibuat untuk : 1. Menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. 2. Menegaskan bahawa PAS akan tetap bersama PR dan akan memperkasakan PR (lebih kurang begitulah).

    Keduanya, ini adalah keputusa tertinggi PAS yang menjadi dasar rasmi PAS sehingga hari ini.

    Semua orang dalam PAS: Presiden, AJKPP, ahli MSU, DUPP,DPPP, DMPP & ahli akar umbi wajib patuh kepada dasar ini selagi masih berkuatkuasa.

    PAS nak keluar PR? Senang sahaja. Buat muktamar khas PAS, batalkan Keputusan Muktamar Ipoh 2008!

    Jadi kalau ada ustaz2 dok ceramah atau kuliah merata tempat dok kata PAS patut keluar PR - cara tak betul. Buat muktamar khas. Beri hujah2 yang ustaz dok jaja merata tempat kuliah didalam muktamar khas ini. Muktamar khas hanya satu2nya tempat yang boleh bawa PAS keluar dari PR.

    Kita kena faham majoriti ahli PAS masih menyokong keputusan Muktamar Ipoh 2008. Hanya beberapa kerat pemimpin PAS dari Terengganu sahaja yang mahu bawa PAS keluar dari PR dan bekerjasama dengan UMNO

    Itu punca kekalutan dalam PAS sekarang...

    ReplyDelete