Terkini

Buatlah solat hajat agar mahkamah ,kekalkan Nizar wakil rakyat.

PAS Perak atau PAS Bukit Gantang buatlah solat hajat agar Mahkamah memihak kepada DS Nizar dalam bicara di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa memfitnah DS Najib Razak.

Harus diingat,mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Jika ini berlaku DS Nizar ,YB DS Nizar boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

IPOH
: Mahkamah Sesyen telah menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengadakan prarundingan perbicaraan di luar mahkamah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu Dato Seri Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Dato Seri Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

DS Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, antaranya Hanifa Maidin,Asmuni Awi, dan Mohd Zamri .Manakala pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. (sumber)

0 Response to "Buatlah solat hajat agar mahkamah ,kekalkan Nizar wakil rakyat. "

Post a Comment