Terkini

Cikgu juga kena "kencing",janji bagi netbook untuk 400,000 guru, tiada dalam bajet Najib

Mungkinkah cikgu juga kena "kencing"dengan  Najib.Janji Menteri Komunikasi Shabery Chik ,yang menyatakan Kerajaan akan memberi netbook 1 Malaysia kepada  400,000 guru (berita 16 Mei 2014),tiada disebut dalam bajet Najib Jumaat lalu 10 Oktober.


KUALA LUMPUR - Netbook 1Malaysia akan turut diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya.

"Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan. - Bernama(sumber)

0 Response to "Cikgu juga kena "kencing",janji bagi netbook untuk 400,000 guru, tiada dalam bajet Najib"

Post a Comment