Terkini

Biarkan Najib terus jadi Perdana Menteri.

Setiap kali UMNO tukar Presiden parti, UMNO makin kuat.Kerajaan BN pun terus berkuasa dengan mempunyai Perdana Menteri.

Tunku Abdul Rahman letak jawatan, Tun Razak pimpin kerajaan, UMNO terus hidup. Begitu juga Tun Husein Onn, letak jawatan, Dr Mahathir selepas itu terus berkuasa selama 22 tahun.

Tun Abdullah Badawi letak jawatan, Datuk Najib jadi Perdana Menteri, UMNO terus berkuasa.

Jadi ,kita tak usahlah suka Datuk Najib letak jawatan, kerana sejarah membuktikan pertukaran jawatan Presiden dan Perdana Menteri,menyebabkan UMNO terus berkuasa.

Kalau Pakatan Rakyat mahu mentadbir Malaysia,lawanlah sehingga UMNO hilang kuasa,bukannya sekadar suka Datuk Seri Najib hilang jawatan.

0 Response to "Biarkan Najib terus jadi Perdana Menteri."

Post a Comment