MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Altantuya, siapa antara Azilah dan Sirul yang belot?

Di Malaysia, peguam  Azilah cuba menguruskan pengampunan?Sementara itu, Sirul bebas bergerak di Ausralia dengan kad khas kerajaan Australia.Timbul persoalan siapa belot siapa?

Baca berita di bawah, Sirul bebas bergerak.

Sirul Azhar Umar yang kini dalam pelarian di Australia dibebaskan dengan bersyarat oleh pihak berkuasa negara itu.

Pasportnya turut dirampas dan beliau diberikan satu kad khas yang membolehkannya bergerak bebas di negara itu, lapor Berita Harian.

Menurut laporan itu, perkara itu disahkah oleh sumber Wisma Putra.

"Setakat ini dokumen perjalanannya diambil oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

"Namu dia dibebaskan selepas pihak imigresen Australia memberikan kad dengan syarat tertentu yang membolehkan dia bebas bergerak ke mana-mana kawasan di sana."

Sirul ditahan oleh pasukan Imigresen Australia pada hari Selasa lalu selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Sirul meninggalkan Malaysia ketika kes itu masih lagi dalam rayuan, dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu merupakan tertuduh kedua. Beliau bersama Cif Insp Azilah Hadri, tertuduh pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari dan dijatuhkan hukuman mati.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel lima orang hakim turut mengeluarkan waran tangkap selepas permohonan oleh pendakwaan.

Azilah, 39, dan Sirul disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di satu kawasan hutan di sebuah bukit di Puncak Alam pada tahun 2006..(sumber malaysiakini)


0 Response to "Altantuya, siapa antara Azilah dan Sirul yang belot?"

Post a Comment