Assalamualaikum warahmatullah pimpinan muslimat sekelian...
Dipagi hari ini ...sama sama kita perbanyakkan zikir doa dan munajat pada Allah supaya Allah lindungi kita dari segala bentuk dosa, maksiat, fitnah dan segala bentuk kekufuran kpd Allah..
Hati amat sedih dan terharu dengan fitnah yg disebarkan...seikhlas hati...kak Lah berani bersumpah dgn nama Allah semua itu fitnah dan andaian jahat...Seingat saya tidak pernah saya mengajak muslimat semua tolak presiden dan tidak wala kpd presiden sebagaimana tuduhan, tidak pernah saya menentang hudud malah kak lah sendiri salah seorang AJK Jawatankuasa Penggubalan Kanun Jennayah Syariah 11 diKelantan yg dipengerusikan oleh YB Dato Nik Amar dan YB Mumtaz juga salah seorang AJK..bersama yg lain...
Dalam mesyuarat PAS Pusat terakhir baru ni, kak Lah juga tanya tentang Pindaan Akta 355 yg akan dibawa parlimen....nak pastikan perjuangan perlaksanaan rakyat kelantan sekian lama dapat menjadi realiti walaupun kita tahu laluannya cukup sukar...kenapa tergamak tuduh kak Lah tolak hudud, lawan ulama... sedangkan siang malam kak Lah ke sana ke mari , masjid surau, turun kawasan turun ke negeri-negeri ajak rakyat ajak muslimat semua patuh dan junjung syariat Allah....
Sebagai pimpinan kak Lah bersama dengan saf pimpinan yg lain turut arahan dan keputusan parti dan muktamar..YB Tok Guru Presiden kita sentiasa sebut kita terus bersama Pakatan rakyat,kukuhkan pakatan rakyat,,,,tak pernah dengar arahan tok guru kita untuk kita boikot Pakatan Rakyat...
Atas kepatuhan kpd arahan parti kak Lah cuba beri commitment supaya tidak timbul masalah kpd parti...Tidak pernah ada arahan sebelum ini melarang pimpinan PAS hadir program Pakatan Rakyat dan hadir majlis bersama pimpinan pakatsn rakyat...
Kehadiran kak lah ke majlis ceramah di Kota Bharu pun atas dasar nak dengar isu terbaru ulasan dari pimpinan kanan PR....terutama isu Tabung Haji dan 1MDB yg terbaru....Demi Allah kita tidak mengjangka apa yg DAP nak ucap...
Sebagai seorang Islam...kita tidak perlu peduli pandangan orang bukan Islam yg mereka memang tak faham tentang aqidah Islam...
Kita berkawan dengan DAP kerana parti kita buat keputusan Tahaluf Siyasi dengan mereka...ini arahan parti dan keputusan ulama kita... Dewan Muslimat hanya ikut arahan parti..
Tiada keputusan parti yg larang jemput penceramah DAP setakat ini...jadi kenapa pihak penganjur disalahkan,,,,
Kak Lah dan pimpinan muslimat dituduh PASMA,....sedih sangat...kak lah nak tahu cawangan Pasma mana yg saya masuk...bila...mesyuarat Pasma mana yg saya hadir ?
Astagfirullah...cari dosa kering...
Kak lah dituduh Hawaii Five O...apa benda ni saya pun tak tahu dan tak pernah terlibat....cari dosa kering orang buat tuduhan.....jumpa di mahkamah Allah di akhirat atas fitnah palsu ini
Kak Lah dituduh tidak menyatakan sokongan kpd presiden.....subhanallah...berapa kali kak Lah sebut dlm majlis program muslimat, masa muktamar ,dalam wacana dll,,,,Dewan Muslimat bersama kepimpinan Ulama....
Apakah kita nak tiru macam parti umno supaya semua pehak menyatakan lafaz ikrar sokongan kpd presiden parti....baru dikira walak...
Kalau parti arahkan begitu...kami Dewan Muslimat akan akur
Berkali kami dah sebut wala dan sokongan kepada kepimpinan ulama.
Saya hadir beri sokongan padu samada di Ijtimak Antarabangsa di Rusila, berkempen habis habisan untuk menangkan calon ulamak samada di PRK Rompin dan Chempaka dan sebelum ini...tak tertulis banyak program yg melibatkan ulama yg saya beri sokongan sepenuh hati termasuk himpunan HINDAR di padang merbok.....
Salahkah saya......?
Ya Allah engkau mengetahui apa yang zahir dan yg tersembunyi
Ya Allah buangkanlah syak dan sangkaan buruk antara kami dalam jemaah
Ya Allah engkau mengetahui isi hati kami
Ya Allah satukanlah hati hati kami untuk pikul beban amanah dakwah mu ini
Sahabatku, hari ini musuh kita BN bertepuk tangan gembira berjaya lagakan kita
Disaat UMNO patah sayap dan tongkat jangan kita bagi pelampung kpd musuh yg sedang hampir lemas
Mari kita beristigfar kpd Allah
Siti Zailah Mohd Yusoff
Ketua DMPM
Ketua DMPNK
Mp Rantau Panjang
14hb Mei 2015
0 Response to "Jangan bagi pelampung kepada musuh yang hampir lemas-Yb Siti Zailah."
Post a Comment