Terkini

Ustaz Ahmad Awang cabar Tok Guru Haji Hadi, penyokong jagalah akhlak.

Penulis mengharapkan  kedua-dua penyokong Ustaz Ahnad Awang danTok Guru Haji Abdul Hadi akan berkempen secara sihat.Jaga akhlak, usahlah suka melabel orang,walaupun berbeza pandangan.

Pertandingan ini dibenarkan oleh perlembagaan parti.Jangan ada pula nanti menghukum Ustaz Ahmad Awang dan penyokongnya.

PAS parti tertua ,parti yang menyuburkan demokrasi.PAS parti untuk semua.Bertanding Presiden dua-dua ulamak.Kedua-dua mereka terkenal di peringkat antarabangsa.Kedua-dua ulamak tersebut juga dikenali di Malaysia.

Kedua-dua penyokong boleh menyuburkan budaya pertandingan dengan pelbagai program.Wacana, forum,dialog,debat dan pelbagai medium lain.

Program berbentuk ilmiah boleh diadakan.Jelaskan misi,visi dan objektif pimpinan.

0 Response to "Ustaz Ahmad Awang cabar Tok Guru Haji Hadi, penyokong jagalah akhlak."

Post a Comment