MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Mat Sabu sedia untuk kekal berkhidmat Timbalan Presiden PAS.


KENYATAAN RASMI
OLEH HJ MOHAMAD BIN SABU

BismillahirRahmanirRahim.

Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke 61 akan datang.

Insyaa Allah, saya akan terus membantu Presiden dan Parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, non-muslim, NGO's serta para pelajar.

Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia (Malaya), sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50 peratus, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada non-muslim dan rakyat awam.

Namun kita perlu faham, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh PAS kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar, tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insyaa Allah, kita akan meraih hasilannya.

Haji Mohamad Bin Sabu
8hb Mei 2015


1 Response to " Mat Sabu sedia untuk kekal berkhidmat Timbalan Presiden PAS."