Terkini

Pemilihan PAS, gagak politik meraih untung.

Jauh di sudut hati , betapa kita impikan sebuah gerakan dakwah dan siasah yang terbina dengan ikatan kasih sayang, saling memperingati, terbina atas kalimah tauhid.

Ulama penyuluh jalan, cendiakawan membina kekuatan dalam saf yang tersusun kukuh.Gerakan Islam bukanlah gelanggang meraih populariti dan pertarungan merebut jawatan, jadilah pertembungan mematangkan perjuangan.

Apalah erti atas nama demokrasi dan hak apabila kita hilang tonggak-tonggak perjuangan yang selama ini bersama mengharung gelombang apabila terhukum oleh senjata kita sendiri dalam keghairahan mencari posisi dalam organisasi,Beertikah kemenangan jika kita hilang ulamak atau terpelantingnnya para intelek .Kedua-dua unsur ini ibarat irama dan lagu,.

Jangan kita membunuh kekuatan gabungan , kerana yang menanti dan meraih untung ialah "gagak politik" Kekeruhan dijernihkan dengan kesatuan hati dan kembali kepada matlamat perjuangan.Penilaian manusia tidak bermakna,jika penilaian Allah hanya seperti debu yang berterbangan. (Adnsgi)

0 Response to "Pemilihan PAS, gagak politik meraih untung."

Post a Comment