Terkini

Pemilihan PAS:Haji Asmuni Awi jangan layanlah Shukrimun Shamsuddin.

“Kalau ada cadangan yang baik sila bagi cadangan, jangan main tembak sahaja."kata Asmuni  Awi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS.

“Lainlah kalau kamu tidak yakin dengan saya sebab saya dilantik oleh Jawatankuasa Pusat (PAS).

“Saya sebenarnya sebagai manusia rasa terguris, Kalau awak tak yakin, sila pecat saya,” katanya yang kelihatan beremosi.

Pengamal undang-undang itu juga meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya berterus terang supaya mudah jika beliau mahu mengambil tindakan undang-undang.

Ipoh-KL tiap malam

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin PAS Kuala Nerus M Shukrimun Shamsuddin yang menggesanya meletak jawatan kerana didakwa berat sebelah.

Yang dipertua PAS kawasan itu berkata terdapat suara menuntut Asmuni ditukar selepas rekod kerjanya pada sesi lepas.

Sementara itu, Haji Asmuni Awi juga berkata beliau bekerja keras menguruskan pemilihan PAS apabila hampir setiap hari berulang alik dari rumahnya di Ipoh ke Kuala Lumpur untuk bermesyuarat setiap malam.

“Untuk kata bimbang pada saya (berat sebelah) itu tidak adil, kita buat kerja dulu. Kita adakan mesyuarat hampir setiap malam dan saya berulang alik dari Kuala Lumpur, saya tinggal di Ipoh.

“Saya mengatakan saya buat yang terbaik (untuk pemilihan), buat semua perkara untuk pastikan semuanya teratur,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, beliau sedia melepaskan jawatan yang disandangnya sebelum pemilihan jika diminta berbuat demikian.

“Kalau esok nak buat buat pemilihan, hari ini pun boleh pecat saya, apa masalahnya,” katanya. (SUMBER MALAYSIAKINI)

1 Response to "Pemilihan PAS:Haji Asmuni Awi jangan layanlah Shukrimun Shamsuddin."

  1. JGN DILAYAN GOLONGAN TOLOL DIJKETUAI BAPAK TOLOL EN. HADI AWANG. NK PNGGL ULMK HAK PTUUUIII

    ReplyDelete