Terkini

Suhaizan Kaiat, tuan ,tak pakai jubah dan kopiah!

STAIL POLITIK JOHOR

Aku kalau jumpa dengan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, satu je aku nak pesan kat beliau. Pakailah kopiah, please lah. Kau buat kerja untuk rakyat dah best dah, masa belum jadi Ketua Pemuda, kau lead himpunan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), lepas tu letuskan isu Mismah (pengundi ragu), memang legend habis masa tu.

Bila jadi Ketua Pemuda, isu-isu seperti kenaikan harga barang, isu antarabangsa, dan sudah semestinya isu kebusukan pemerintah yang ada hari ini. Kau memang konsisten lead anak-anak muda, samada menerusi himpunannya, atau bantahannya. Isu GST, team Pemuda PAS pergi jumpa Ketua Pengarah, isu bolasepak, mengadap Presiden FAM, isu apa lagi ntah, banyak lagi lah geng-geng Pemuda PAS buat engagement dan duduk semeja dengan pegawai berkenaan. Dengan geng-geng Pakatan Rakyat, yang suka mengata kat pimpinan, kau pergi jumpa direct, buat table talk. Silap kau satu je, tak buat Kenyataan Media. Itu je. Bagi kebanyakan ahli PAS, kenyataan Media itulah bukti kau buat kerja. LOL!

Stail macam ni, memang stail orang Johor berpolitik agaknya. Aku ingat lagi masa Salehuddin Ayob jadi Ketua Pemuda dulu pun, banyak jugak pendekatan macam ni dia guna. Terus hadap orang yang berkenaan, tak ada nak bising-bising dalam media. Dah jumpa, barulah kita tau cerita. Mazlan Aliman, Presiden ANAK pun stail macam ni jugak. Pergi jumpa direct je, kasi gegar.

Apa pun, selain stail politik 3 orang ni yang ada persamaan, aku perasan 3 orang ni tak pakai kopiah! Atau jarang sangat pakai kopiah. Tapi bab kerja memang tip top. Orang Malaysia ni, masalah utama diorang, menilai berdasarkan zahiriah je, pakai apa, rambut macamana, muka ketat ke tak, fizikalnya, dan kalau dalam PAS, nak lebih markah, cakap Arab lebih sikit. Track record, kerjabuat, keberkesanan kerja, kehadiran mesyuarat, itu semua secondary jer.

Sekarang dah masa Suhaizan nak mengadap perwakilan Pemuda yang rata-rata menilai Suhaizan dari segi penampilan, berapa banyak kenyataan media yang back up pimpinan, kebolehan dia cakap Arab, berapa banyak koleksi jubah dia dan entah apa lagi perkara yang diorang nak tengok, untuk pilih jadi Ketua Pemuda semula. Inilah realiti mentaliti rakyat Malaysia sebenarnya. Nak pilih artis untuk menang program realiti tv pun tengok benda-benda remeh camtu, bukan tengok bakat dan kebolehan.

Bersabarlah Suhaizan, sebab tu walau betapa hebat dan canggihnya pemimpin Pakatan Rakyat, at the end, BN yang level Ahmad Maslan juga yang menang PRU. Sebab perkara luaran, seperti isu Melayu juga diambilkira. Inilah Malaysia. Perlu kepada revolusi mental, sebelum jadi semakin mental.

Abam Revo
Bukit Fraser


2 Responses to "Suhaizan Kaiat, tuan ,tak pakai jubah dan kopiah!"

  1. Pakai jubah meleret, serban sebesar bakul pun ke neraka juga kalau kerjabuat memfitnah orang, menggunakan agama untuk memegang kuasa dan hipokrit.

    ReplyDelete
  2. Rakyat terutamanya rakyat kelantan dah lama dahagakan hudud kerana mereka lebih tahu nilai islam jika dibandingkan dgn dap.. bukan kita x pernah dakwahkan dap.. dah byk kali.. kita tak kesah kalau dap tak mahu terima dakwah kita.. yg kita kisah ialah bilamana mereka cuba menaja beberapa pemimpin tinggi pas utk jatuhkan kepimpinan sediada.. yg terbaru ada pemimpin tertinggi menyindir presiden pas pasal kes terengganu kalah pd tahun 2004 tanpa mengulas sedikit pun pd tahun yg sama karpal singh dan lim kit siang juga tewas manakala TGHH sendiri tetap menang di dun dan di parlimen (mungkin risau hilang jawatan pengerusi di PBA)!!

    ReplyDelete