Terkini

Batal hubungan dengan DAP, Ahli Dewan Ulamak patut letak jawatan dalam Kerajaan .

Langkah permulaan Ahli Dewan Ulamak yang jadi ahli majlis, exco, pengarah GLC, ketua kampung dan lain-lain boleh letak jawatan.Sebulat suara letak jawatan di Pulau Pinang dan Selangor, kerana di situ ada DAP.
Berikut usul putus hubungan dengan DAP.

Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 54 yang bersidang pada 3 jun 2015/16 sya'ban 1436 H di KUIZM

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsistant dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsistant melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam PR.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.

MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Diterima dgn sebulat suara 644 perwakilan Dewan Ulamak jam 6.50 ptg


3 Responses to "Batal hubungan dengan DAP, Ahli Dewan Ulamak patut letak jawatan dalam Kerajaan ."

  1. menyedari ada peluang untuk dapat jawatan menteri pusat dan jawatan timbalan menteri,dan exco2 negeri dan kemewahan2 yg menanti,pelbagai kurnian tanah2,longgokan2 kekayaan,pengerusi agensi2,lembaga2,perbadanan2,glc2,dan mcm2 lagi seperti ada tok guru ustazulamak yg hebat tu dapat tanah kurnia di kl sentral,jasa mu di kenang,maka keputusan baru harus le segera di isytihar.....bertahaluf siyasi bersama ngan umno,seperti kata wakil pemuda yg muda belia dari dewan pe muda,bahawa Allah belum perintahkan bermusuh ngan umno,agak2nya klu nak tunggu perintah baru,kena tunggu jibril hantar wahyu le agaknya tu....ni ajaran baharu agaknya.....majlis fatwa kena bersidang le ni,tok tok mufti kena perah otak le

    ReplyDelete
  2. dap tu banyak org kapir. dia nk sokong atau tak sokong hudud ke dia org punya pasal lah. org kapir memang tak sokong hudud. kita nk marah dia apasal. zaman nabi dulu lagi teruk. bukan lagi org kapir tak suka nabi berdakwah, kena baling batu dan tahi lagi. tapi nabi tak marah. lama2 org kapir tu yg malu dan terus masuk islam. agak2nya dakwah pas sekarang ni org2 kapir makin suka islam tak? bagi saya sebelum pru 13, ramai org kapir suka islam pas. sekarang org kapir mcm takut dgn islam pas.

    ReplyDelete