Terkini

Gani Patail kena jawab dalam masa 30 hari, kes saman Datuk Ramli

Mahkamah Tinggi mengarahkan( kini bekas) Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan pembelaan terhadap saman pendakwaan berniat jahat yang difailkan oleh peguam Rosli Dahlan dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof dalam tempoh 30 hari.

Arahan itu dibuat selepas Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menolak untuk menangguhkan Gani dan lain-lain memfailkan pembelaan melibatkan saman bernilai jutaan ringgit.

"Tidak ada alasan yang istimewa untuk membenarkan penangguhan," katanya.

Oleh itu mahkamah menetapkan 29 Julai sebagai pengurusan kes

Ramli dan Rosli memfailkan saman secara berasingan bagi pendakwaan berniat jahat terhadap Gani dan beberapa lagi dalam kes yang dikenali sebagai skandal 'Copgate'.

Hakim Vazeer pada tahun lalu menolak permohonan Gani untuk membatalkan kedua-dua saman itu.

Mahkamah Rayuan juga pada Januari tahun ini menolak rayuan Gani untuk membatalkan saman bernilai RM47 juta yang difailkan oleh Rosli dan saman RM148.5 juta yang difailkan oleh Ramli

0 Response to "Gani Patail kena jawab dalam masa 30 hari, kes saman Datuk Ramli"

Post a Comment