Terkini

#harapanbaru ambil alih parti KITA-Dr Mujahid.

Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata pengambilalihan parti itu akan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan tidak lama lagi.

"Selepas EGM itu kami akan memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan, ia sama seperti penggabungan PKR dan Parti Rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan 2 Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di George Town hari ini.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata usaha untuk menubuhkan pakatan baharu akan lebih mudah selepas proses pengambilalihan parti itu selesai.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan semula 2 ahli Majlis, Mhd Nasir Yahya (MBPP) dan Dahalan Fazli (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Chow berkata pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 29 Julai lepas meluluskan untuk melantik semula 2 ahli Majlis daripada PAS itu.

Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai ahli Majlis berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP. – Bernama, 31 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-ambil-alih-parti-kita-alternatif-kepada-pas-kata-mujahid#sthash.YDaQJdYT.dpuf


0 Response to "#harapanbaru ambil alih parti KITA-Dr Mujahid."

Post a Comment