Terkini

Kawan aku ini, dia percaya Ustaz Kazim Elias sahaja.

Penulis mempunyai kawan baik  ahli PAS yang sangat suka  dengan Ustaz Kazim Elias.Jika penulis menerangkan Ustaz Kazim seorang  penyokong UMNO/Bn dia tetap suka dengar kuliah Ustaz Kazim.

Penulis menerangkan Ustaz Kazim  tukang kempen BN untuk PRU 13, seperti dia kempen calon BN di Dun Changkat Jering. 

Kawan baik penulis tetap percaya dengan Ustaz Kazim lagi. Dia tetap mahu berbaris  untuk bersalam dengan Ustaz Kazim.

Kita berhujah Ustaz Kazim juga ada kelemahan dan kekurangan.Dia tetap dengan pendirian Ustaz Kazim , Tok Guru dia.Tak boleh lawan Tok Guru.

Penulis memuji kawan ini, kerana dia tidak marah dengan penulis apabila mengkritik ustaznya. Dia juga tidak suka melabelkan orang.

0 Response to "Kawan aku ini, dia percaya Ustaz Kazim Elias sahaja."

Post a Comment