Terkini

Harapan Baru pendekatan inklusif, progresif dan peduli-Mat Sabu.

Kumpulan profesional yang kalah kerana "cai "dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

"Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.

"Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini.

Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang,  bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PASSuhaizan Kait.

Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa.

Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu.(sumber mk)


0 Response to "Harapan Baru pendekatan inklusif, progresif dan peduli-Mat Sabu."

Post a Comment