Terkini

Kg Mutiara, Batu Ferringhi asalnya milik Lorraine Osman, kemudian bank lelong.

Perjumpaan JK Khas (Ghb) Kg Mutiara dgn YB Zairel.   

Fakta.

1. Kes ini adalah antara Penduduk Kg Mutiara dengan Tuan Tanah.  

Ringkasan. 

Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman. 

Atas sebab2 tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.

Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

2. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.

3. Tanah Park Royal Hotel.
Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina, mereka berpindah ke Kg Mutiara.

4. Sehingga hari ini, TIDAK PERNAH ADA perundingan/perbincangan antara Penduduk dgn Tuan Tanah.

Atau antara Penduduk dengan Kerajaan Negeri. 

Yang ada, adalah naik turun mahkamah yg akhirnya tetap berpihak kpd Tuan Tanah.

5. Oleh kerana kes ini kes yg melibatkan penduduk dan tuan tanah, dan pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam kes ini.

6. Peranan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan berpegang kpd polisi pentadbiran nya; iaitu TIDAK AKAN MELULUSKAN apa jua projek memajukan tanah tersebut SEHINGGA penduduk diberi pampasan yang sewajarnya.  

Hingga hari ini, Tuan Tanah tidak hantar apa2 permohonan untuk memajukan tanahnya.

7. Tuan Tanah tidak mengemukakan apa apa permohonan untuk memajukan tanahnya, sebaliknya, mengguna kuasa Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanahnya.

8. Atas kuasa tersebutlah, kampung tersebut sepatutnya dirobohkan pada hari ini, 24.8.15.

9. Atas pandangan keselamatan pihak polis, mereka menangguhkan perobohan ini selama 2 minggu.

10. Ambil maklum, bahawa TIADA PERNAH PERUNDINGAN RASMI antara Penduduk vs Tuan Tanah , dan Penduduk vs Kerajaan Pulau Pinang. 

YB Zairel , TKM1, dan YB Mujahid akan cuba membawa Tuan Tanah ke meja rundingan BUAT PERTAMA KALI.

Ini akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini.

Semoga dipermudahkan Nya dan berjaya.

Dr Zaidi Zakaria
Wakil
JK Khas (Ghb) Kg Mutiara.

1 Response to " Kg Mutiara, Batu Ferringhi asalnya milik Lorraine Osman, kemudian bank lelong. "

  1. Tak kisah la UMNO ka GHB ka JKR ka LLN ka asal kan penduduk melayu terpelihara dan diberi tempat tinggal di situ sebagaimana penduduk kampung pala yang mendapat rumah ganti di kampung buak pala sendiri.

    ReplyDelete