Terkini

85 ribu helai borang (AMANAH)Parti Pekerja Malaysia telah dicetak.

Parti Pekerja Malaysia menambah cetakan borang 50,000 helai borang lagi berikutan sambutan masyarakat yang menggalakkan mahu menyertai parti itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Setiausaha agungnya Anuar Tahir berkata, jumlah tersebut menjadikan keseluruhan 85,000 keping borang dicetak.

"Saya juga terima laporan ada yang terpaksa mencetak sendiri borang kerana tidak cukup. Jadi kita terpaksa cetak 50,000 helai lagi.

"Sambutan kepada parti kami amat luar biasa dan tidak saya bayangkan sebelum ini," katanya.

Anuar berkata, latar belakang pemohon adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli profesional dan agamawan dari seluruh negeri.

Beliau percaya, konsep dibawa parti itu menjadikan mereka mudah diterima rakyat.

"Agaknya, orang melihat ini adalah model parti baharu dalam sejarah. Ada orang tanya apa beza kami dengan PKR? Sangat besar, kerana Islam pegangan kami," katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan ahli akan diumumkan pada 16 September ini.

Sementara itu, beliau berkata parti tersebut masih menunggu keputusan berhubung penukaran nama parti itu kepada Parti Amanah Negara.





0 Response to "85 ribu helai borang (AMANAH)Parti Pekerja Malaysia telah dicetak."

Post a Comment