MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

PRU 14,PAS Perak tiada calon kredibiliti lagi, lawan AMANAH dan DAP.

PAS Perak berkemungkinan besar mempertaruhkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), lapor Sinar Harian hari ini.

Memetik pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, akhbar itu melaporkan, keputusan itu bagaimanapun hanya akan dibuat sekiranya PAS menemui calon berkredibiliti dan boleh diterima pengundi, khususnya bukan Melayu.

"Kita berkemungkinan akan meletakkan calon bukan Islam terdiri dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) negeri.

"Namun kriteria bergantung kepada kredibiliti serta sejauh mana penerimaan orang Melayu terhadap calon tersebut," katanya.

Beliau berkata, khabar angin yang bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sum Cheok Leong mungkin diletakkan selaku calon PAS itu adalah tidak benar.

"Pada ketika ini, yang menjadi fokus kita adalah membantu mereka yang boleh berkhidmat dan membawa agenda rakyat," Razman dipetik berkata akhbar itu.

Selain itu, beliau berkata keputusan PAS untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen di Perak pada PRU14 bergantung kepada kerjasama politik dengan PKR. – 26 September, 2015.

Sumber MI.


6 Responses to "PRU 14,PAS Perak tiada calon kredibiliti lagi, lawan AMANAH dan DAP."

  1. Pakatan Harapan ada 3 beradik..kau nak berkawan..kena berkawan semua..tak boleh pilih2..

    ReplyDelete
  2. betul..insaf la wahai sahabat ku..kita nak lawan gulongan munafik...gilongan kafir ni senang sikit...jangan sahabat ku lupa.....

    ReplyDelete
  3. betul..insaf la wahai sahabat ku..kita nak lawan gulongan munafik...gilongan kafir ni senang sikit...jangan sahabat ku lupa.....

    ReplyDelete
  4. Golongan kafir yg bernaung dibwh parti islam kita boleh bersama depa to bg gol. Kafir yg yg jelas anti islam wajar ditentang(baca dap) dan pengkhianat..sokong ulamak tolak pan.

    ReplyDelete
  5. aiii...pas pkr ni...mcm pas umno la pulak...kata pas boleh berdiri sendiri..

    ReplyDelete
  6. aiiii..nak pakai cina gak...kata parti islam....punya lah ramai ahli pas....cina gakkkkk pilihan pas....bangang ker apa ni..

    ReplyDelete